I LEARN ACE MENJADI NILAI TAMBAH &  SOLUSI PEMBELAJARAN ANAK-ANAK DI RUMAH

Anda Mengalami Perkara Ini ?

 

Risau dan bimbang anak-anak  tertinggal pelajaran disebabkan sekolah dan pusat tuisyen ditutup.

 

Anak-anak tidak minat untuk belajar.

 

Sibuk bekerja sehingga tidak sempat memantau prestasi pendidikan anak-anak.

Kalau boleh….

Anak-anak boleh belajar dan tidak tertinggal pelajaran mereka.

 

Anak-anak akan minat dan cenderung belajar tanpa disuruh.

 

Dapat memantau dan mengetahui prestasi pendidikan anak walaupun dalam keadaan sibuk.

 

Pencapaian dan prestasi pelajaran anak-anak diukur bukan setakat di sekolah tetapi di seluruh Malaysia.

 

Anak-anak boleh belajar di mana-mana sahaja secara online atau offline.

Anak-anak seronak belajar dan belajar berterusan.

Jangan Risau….

SASBADI menyediakan  pilihan terbaik untuk ibubapa iaitu pembelajaran secara ONLINE. Setiap kali anak anda membuat latihan, anda sebagai ibubapa akan dapat mesej melalui email. Jadi anda boleh tahu anak anda membuat latihan atau tidak. Anda juga boleh tahu subjek apa yang anak anda buat, berapa markah yang mereka perolehi dan soalan yang mereka buat. Ini memudahkan anda sebagai ibu bapa memantau pelajaran anak anda.

Memperkenalkan …

Portal Pendidikan I Learn Ace.

I Learn Ace merupakan platform pengajaran dan pembelajaran hybrid untuk GURU dan PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH RENDAH TAHUN 1 hingga TAHUN 6 serta sekolah menengah TINGKATAN  1 hingga TINGKATAN 5. Ia  bukan sahaja boleh digunakan secara dalam talian (ONLINE) tetapi juga secara luar talian (OFFLINE) dengan menggunakan Aplikasi Mudah Alih i-LEARN Ace (App). Platform ini BOLEH DIAKSES DI MANA-MANA sahaja dan pada BILA-BILA MASA sahaja; bertepatan sekali dengan motonya, iaitu M-Learning Platform (Mobile Learning Platform).

Apa Kata Meraka Yang Telah Menggunakannya.

Bagaimana iLearn Ace Membantu Kecemerlangan Pelajar ?

Tedapat 300 RIBU BANK SOALAN. Jawapan diberi secara otomatik. Pilih soalan tahap mudah, sederhana dan sukar.

 

NOTA YANG KOMPREHENSIF. Nota digital ringkas yang lengkap dan padat. Pelajar boleh menambah info tambahan.

 

3 KALI KERTAS PERCUBAAN mengikut modul peperiksaan UPSR,PT3 dan SPM.

 

REKOD KEMAJUAN. Dapat mengenalpasti kelemahan mengikut mata pelajaran dan topic pada bila-bila masa.

 

VIDEO TUTORIAL. Boleh tonton dan ulang sehingga mereka faham untuk subjek sukar seperti Biologi, Fizik, Kimia dan matematik untuk Tingkatan 5.

 

MASA YANG FLEKSIBEL. Boleh diekses 24 jam secara ONLINE dan OFFLINE.

 

Syarikat manakah yang membangunkan dan memasarkan i-LEARN Ace?

i-LEARN Ace dibangunkan oleh syarikat Sasbadi Online Sdn. Bhd. dan dipasarkan oleh MindTech Education Sdn. Bhd.. Dua syarikat tersebut merupakan anak syarikat Sasbadi Holdings Berhad. Sasbadi Online merupakan pakar dalam kandungan pendidikan Malaysia dan pembangunan platform digital.

Siapakah pengguna i-LEARN Ace?

Guru, murid, dan ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula dari tahun  4 hingga tingkatan 5.

Untuk tahun 1, 2 & 3 pun ada iaitu dikenali i-Learn Ace JR.

Berapakah jenis akaun yang terdapat dalam i-LEARN Ace?

Terdapat tiga jenis akaun, iaitu Akaun Murid, Akaun Guru, dan Akaun Ibu Bapa (percuma selepas melanggan Akaun Murid).

Adakah kandungan i-LEARN Ace meliputi semua sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa dikemas kini?

Ya, kandungan i-LEARN Ace meliputi semua sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sentiasa dikemas kini 100% mengikut silibus KSSR Semakan / KSSR / KSSM / KBSM.

Apakah ciri dan fungsi Akaun Ibu Bapa i-LEARN Ace?

Setiap keputusan set soalan praktis objektif yang telah dijawab oleh anaknya akan dihantar terus ke Akaun Ibu Bapa dan e-mel ibu bapa. Dengan demikian, ibu bapa akan segera mengetahui prestasi anak mereka bagi semua subjek. Selain itu, sistem kami akan membantu ibu bapa menghantar tugasan kepada anaknya sekali setiap bulan.

Apakah Kandungan Portal I Learn Ace ?

Antara kandungan yang yang terdapat di dalam Portal I Learn Ace dan fungsinya secar ringkas :

 1. NOTA

# Fakta akademik yang berwibawa dan komprehensif.

# Dilengkapi fungsi carian yang mesra pengguna.

# Berdasarkan silibus dan topik dalam buku teks.

# Kuiz kilat untuk menguatkan memori.

# Nota tempelan untuk memuatkan klip video, animasi, foto dan nota peribadi.

2. PETA MINDA

# Mereka cipta peta minda sendiri yang unik dan dilengkapi teks, bentuk, serta warna.

# Menyokong pelbagai format fail seperti imej, audio, video, dan animasi.

# Kaedah yang pantas dan efisien untuk memudahkan pembelajaran.

# Dapat berkongsi peta minda hasil ciptaan sendiri dengan rakan i-LEARN Ace.

3. PENILAIAN

# Sistem penilaian kendiri yang lengkap dengan Praktis Objektif, Praktis Subjektif, Praktis Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Sekolah (PS), Ujian Lisan, dan Kertas Ujian.

# Soalan-soalan yang berteraskan kemahiran dalam standard pembelajaran terkini dan berorientasikan peperiksaan pusat.

# Jawapan dijanakan secara automatik.

# Membantu murid meningkatkan teknik menjawab soalan dan sebagai persiapan dalam menghadapi peperiksaan.

4. KEMAJUAN/ REKOD PRESTASI

# Laporan prestasi yang jelas dan komprehensif.

# Merekodkan laporan-laporan yang terdahulu secara automatik.

# Penapis untuk memaparkan laporan mengikut tarikh dan masa.

# Guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti kelemahan murid dan mengambil tindakan meningkatkan Gred Purata Individu (GPI) secara progresif.

5. VIDEO PENGAJARAN

# Video pengajaran dilaksanakan oleh pakar subjek yang berwibawa

# Kaedah efektif untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang popular

* Hanya untuk pakej tertentu.

6. APLIKASI MUDAH ALIH

# Nota dan praktis dapat diakses secara dalam talian serta tanpa sambungan Internet.

#Menyelaraskan dan mengemaskinikan data serta rekod ke akaun pengguna apabila mendapat akses Internet

7. TUGASAN

# Guru dapat menyediakan dan mengirim tugasan latih tubi kepada murid dengan mudah tanpa mengira masa dan tempat.

# Laporan dan rekod dapat menganalisis prestasi kelas dengan mudah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap kelas.

8. KAMUS

# Kamus Dwibahasa

Kira-kira 15 000 entri utama Bahasa Melayu – English

Kira-kira 35 000 entri utama English – Bahasa Melayu.

# Kamus Tribahasa

Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu – Bahasa Cina

Kira-kira 30 000 entri Bahasa Inggeris

# Kamus Bahasa Cina

Kira-kira 75,000 perbendaharaan kata, frasa dan peribahasa Cina.

9. GANJARAN

# Permainan simulasi dalam talian untuk mengembangkan daya kreativiti murid.

# Sistem ganjaran dapat merangsang murid untuk belajar dan membuat latihan.

# Token permainan akan diberikan setelah murid menyiapkan latih tubi.

Jadi Jika anak anda lama bermain games I learn ace, anda jangan risau, sebenarnya anak anda semakin rancak belajar dan soalan semakin mencabar.

Apa Kata Ibu Bapa

Pakej yang terdapat di dalam I-learn ace :

 PAKEJ SEKOLAH RENDAH SK  (TAHUN 1,2 ,3, 4, 5 & 6 )

Bahasa  Melayu                Sains

English                              Matematik

PAKEJ SEKOLAH RENDAH SJKC (TAHUN 1, 2,3, 4, 5 & 6)

Bahasa Melayu               Sains

English                              Matematik

Bahasa Cina

 PAKEJ SEKOLAH MENENGAH RENDAH ( TINGKATAN 1, 2 & 3 )

Bahasa Melayu               Sains

English                              Matematik

Sejarah                             Geografi

 PAKEJ SEKOLAH MENENGAH RENDAH  TINGKATAN 4 & 5 )

Bahasa Melayu                    Sains

English                                   Matematik

Sejarah                                  Pendidikan Islam

Pendidikan Moral                Biologi

Fizik                                        Kimia

Matematik Tambahan        Ekonomi

Prinsip Perakaunan

Apakah ciri dan fungsi Akaun Guru i-LEARN Ace?

Melalui Akaun Guru, guru dapat menggunakan kandungan i-LEARN Ace sebagai bahan pengajaran secara tradisional atau tuisyen secara maya. Guru juga dapat memberikan nota tambahan (klip video, audio, animasi, foto dan nota peribadi), tugasan peta minda, dan tugasan soalan (praktis objektif dan praktis subjektif) kepada murid. Tugasan soalan objektif akan disemak oleh sistem dan keputusannya akan dihantar ke Akaun Guru. Laporan tugasan turut dijana di Akaun Guru agar guru dapat mengetahui prestasi murid-murid mereka.

Adakah saya perlu menggunakan komputer dengan spesifikasi yang canggih untuk mengakses i-LEARN Ace?

Tidak perlu. Anda hanya perlu menggunakan pelayar Google Chrome di komputer, tablet atau telefon pintar sekiranya ingin menggunakan i-LEARN Ace secara dalam talian (online). Jika anda ingin menggunakan i-LEARN Ace secara luar talian (offline) pula, anda perlu memuat turun Aplikasi Mudah Alih i-LEARN Ace di App Store atau di Play Store.

Berapakah harga langganan untuk pakej i-LEARN Ace?

Hanya RM0.99 sen sehari anak anda dapat meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Harga runcit biasa bagi pakej i-LEARN Ace adalah seperti yang berikut:

(a) Akaun Murid 365 hari: RM385
(b) Akaun Guru 365 hari: RM385

Kalau ada harga murah buat apa bayar harga yang mahal kan?

Oleh itu, saya mengajak anda untuk menjadi ahli Mind Tech Education  dan anda terus menikmati harga ahli.

 

BAYAR HARGA AHLI SAHAJA

(a) Akaun Murid 365 hari: RM350

(b) Akaun Guru 365 hari: RM350

Apakah ada syarat-syarat tersembunyi menjadi ahli ?

Sudah tentu TIDAK ADA syarat-syarat atau perkara tersembunyi setelah anda menjadi ahli. Bukan setakat anda JIMAT RM35.00 tetapi banyak lagi keistimewaan yang anda akan perolehi.

DAFTAR SEKARANG !!!

TESTIMONI

Saya mula menggunakan i-LEARN Ace dari bulan Ogos 2019. Saya dapati ianya sangat kondusif dan sesuai dengan cara pembelajaraan saya. Setelah melanggani-LEARN Ace, saya telah berhenti menghadiri kelas tuisyen. Ianya dapat meringankan beban ibu bapa saya kerana i-LEARN Ace sangat murah. Dengan harga RM350, saya dapat melanggan empat subjek teras setahun. Manakala dengan menghadiri kelas tuisyen, ayah saya terpaksa membayar RM250 sebulan. Dengan i-LEARN Ace, saya dapat menjimatkan masa saya. Saya tidak terburu-buru ke kelas tuisyen dan boleh belajar dengan mengikut kesesuaian masa saya. Saya amat menggemari fungsi-fungsi yang terdapat dalam i-LEARN Ace. I-LEARN Ace sangat membantu saya dalam mencapai keputusan UPSR saya. Di sini saya sertakan salinan keputusan UPSR 2019 saya.
Qistina Lokman
Calon USR 2019, 4A 2B
I started using I-Learn Ace in March 2019. At the beginning, I was weak in Mathematics and failed oftenly. Ever since I’ve started using i-LEARN Ace, my grade in the sixth subject has improved. There, I was also able to find and answer a few types of topics in the subject that I weak. I can also can build some i-THINK map. Sasbadi also provided educational games that is really fun and can help to train my mind. Thanks to i-LEARN Ace, I achieved 6A’s in UPSR!
Kamila binti Mohd Rodhi
Candidates UPSR 2019, 6A
Hai, saya Rosnita dari Putrajaya. Anak ketiga saya, Muhammad Anas Rafiq dari tahun 2017 memperolehi paling banyak hanyalah 3A dalam peperiksaannya untuk mata pelajaran UPSR dan pernah mendapat C dan D dalam beberapa peperiksaan untuk subjek-subjek tersebut. Semenjak 2017 saya telah melanggan i-LEARN Ace untuk Anas. Alhamdulillah, berkat usaha yang berterusan, dengan latihan dan nota yang ada dalam i-LEARN Ace, keputusan peperiksaan Berjaya dia perolehi 5A 1B. Dia juga tidak lupa untuk membuat peta minda dalam modul i-LEARN Ace tersebut. Yang bagusnya i-LEARN Ace memudahkan saya memantau perkembangan prestasi anak saya, memantau latihan anak saya, meskipun saya berada di kejauhan. Syukur Alhamdulillah. Sebagai seorang ibu, saya sangat gembira dengan peningkatan yang Anas tunjukkan dalam pembelajaran. Terima kasih i-LEARN Ace
Muhammad Anas Rafiq bin Ahmad
Calon UPSR 2019, 5A 1B
"Assalamualaikum i’m Rafi from SK Kota Warisan. I want to share with you all my secret on scoring high marks for UPSR. Besides extra classes that was organised by school I didn’t go to any tuition. I just used I-LEARN Ace to learn and study. I like it because it provides notes and various questions that requires high level thinking. I highly recommend this digital learning platform to primary and secondary students. I’m happy that I achieved 6A’s in UPSR 2019. Thank you i-LEARN Ace!
Muhamad Rafi Bin Hasan
Calon UPSR 2019, 6A

Ya saya bersetuju untuk melanggan portal i-Learn Ace

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Assalamualaikum….. Hai , Saya SUHADI BIN MUSA. Merupakan seorang guru. Pernah berkhidmat di Sarawak , Johor dan kini bertugas di Terengganu.

    Setiap idea  bermula dengan masalah. Apabila negara menghadapi wabak covid -19, Sekolah-sekolah dan pusat tuisyen ditutup. PDPR dilaksanakan. Para guru dan anak-anak perlu bersedia  dan membiasakan diri dengan pembelajaran online.  Oleh itu para guru dan ibu bapa tercari- cari satu aplikasi (satu atur cara atau program yang direka khas untuk kegunaan tertentu ) bagi membantu anak-anak dalam pembelajaran.

    Melalui aplikasi ini akan mampu menarik minat anak-anak dalam pembelajaran. Ia juga dapat memberikan pendedahan kepada anak-anak dengan teknologi digital serta dapat mengukur tahap kefahaman anak-anak tentang topik yang diajar. Jadi saya menggunakan platform ini untuk menyampaikan kelebihan iLearn Ace yang dapat membantu para pelajar, guru dan ibu bapa.Insya Allah.